PRODUK SHAKLEE

PRODUK SHAKLEE
Suplemen kesihatan

Ahad, 11 Mei 2014


KELAS BLOG at Faculty of Biosciences & Medical Engineering (FBME), UTM Skudai, JB

Assalamualaikum.....

Semalam punya cerita baru sekarang dapat nak cerita- cerita yek. Alhamdulillah.... menimba ilmu dengan orang-orang hebat. Dah lama tak rasa suasana belajar macam ni. Dah lama ku tinggalkan alam persekolahan. Di saat anak dah 2 kini sibuk belajar lagi. Ilmu... jangan berhenti dalam mencari ilmu. Rasa tabik la @ bangga kerana salah seorang dalam kelas ni dahpun menjangkau usia 60 tahun tapi masih giat mencari ilmu. Melihat kesungguhan setiap seorang yang berada dalam kelas ni aku semakin semangat untuk menguasai ilmu perniagaan. walaupun dari kecil sehingga seusia begini aku tidak pernah terfikir melangkah dalam urusan perniagaan. Allah mengetahui segalanya. Betullah...kita hanya merancang namun Allah menentukan segalanya. Rahsia Allah siapapun tidak tahu. Akan ku sahut cabaran ini perlahan-lahan. Akan ku sedut aura orang-orang hebat ini. 






Terima kasih kepada semua. In syaa Allah kita bertemu lagi. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin