IBU,
Selamat hari ibu untuk ibu seluruh dunia, Sempena Hari yang istimewa esok saya ingin mengajak anda bercerita serba sedikit mengenai istimewanya ibu. Selamat hari ibu merupakan ucapan rasa terima kasih seorang anak kepada ibu tersayang yang telah menjaga kita bagaikan menatang minyak yang penuh selama ini. Sukarnya untuk kita lalui suka duka kehidupan ini tanpa ibu disisi. Sesungguhnya ibu adalah salah satu sumber inspirasi kita.
 |
Gambar Ibu Saya ketika saya bawa dia ke Festival Layang-layang sedunia di Pasir Gudang.
|
Serba sedikit Mengenai Ibu saya.
Ibu saya Izan Binti Ibrahim. Anak bongsu dari 10 orang adik beradik. kehidupan yang dia jalani sepanjang kehidupannya terlalu sukar. Lahirnya beliau ibu dan ayahnya berpisah. Hebatnya dugaan hidup sepanjang kehidupannya. Terlalu sukar bila hidup dalam keadaan ibu dan ayah (atuk dan nenek) terpisah. Membesar dalam keadaan ibu (nenek) berniaga pasar malam... balik sekolah terus kepasar malam. Membuat kerja sekolah kekadang tertidur di bawah meja pasar malam. Berpanas, berhujan dan tidur sambil menunggu ibu (nenek) habis berniaga. bila ibu (nenek) sudah berkahwin lain hidup ibu lebih terumbang ambing. Hidup melarat. Pergi kerumah kakak dan ipar duainya, kena kerah menjaga anak sedara dan mencuci pinggan sebelum diberi makan. begitulah kehidupannya sehingga ibu menemui jodoh. Sayangnya jodohnya hanya seketika dirosakkan oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu bukan menantu pilihan. Ibu membawa diri dan bertemu jodoh dengan suaminya yang sedia ada ini hingga sekarang....iaitu ayah saya.
Kisah Kasih sayang ibu Terhadap kami Adik beradik.
Hebat sungguh kasih sayang ibu terhadap kami adik beradik. Dari kecil ibu saya memberikan kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh... kerana ibu tak nak kami merasai kehidupannya yang melarat menagih kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Walaupun kami adik beradik ada ayah namun ayah menyerahkan sepenuhnya kepada ibu untuk membesarkan dan mendidik kami adik beradik sepenuhnya. Bukan ayah tidak menjalankan tugasnya tapi ayah hanya sebagai pemantau dan membantu apa yang ibu perlukan. Dari segi kewangan memang ayah akan menyerahkan sepenuhnya juga kepada ibu untuk menguruskan segalanya. Bukan sahaja dari segi belanja dapur, menyekolahkan anak segala-galanya kami lebih selesa berbincang dengan ibu dulu. Ibu masih kuat.... walaupun kami adik beradik tidak lagi tinggal bersama ibu tapi ibu pasti datang melawat kami. Sekarang ya ibu dan ayah akan datang melawat kami dengan kereta barunya JNR 9321 tu. Sebelum adanya keretapun ibu memang suka datang melawat kami. Ibu tahu kami susah nak balik sebuk terikat dengan kerja dan anak-anak sekolah. Ibu tidak pernah kenal erti penat. Kekadang kami naik risau bila ibu datang berseorangan dari pahang ke Johor, dari pahang ke Lumut,Perak....tapi kerana kasihnya dia pada kami buat kami terharu dengan pengorbanannya.
 |
| Kenangan bersama Ibu dan Ayah di Legoland Malaysia. |
Ibu sering mengeluh bila usia makin meningkat.
Sejak akhir-akhir ini ibu sering mengeluh sakit sakit badan, sakit lutut.
Sejak dari 2001 lagi Ibu mengidapi masalah saluran jantung tersumbat. Kini Alhamdulillah..... dengan menjaga permakanan dan konsisten dengan ubat kerajaan ada perubahan. Kini saya mencadangkan cadangan set sendi dan tulang untuk ibu saya. Alhamdulillah sangat baik untuk kesan berpanjangan.
 |
| Memelihara sendi yang kuat Fleksibel dan bebas bergerak |
Langkah 1: Agar tulang rawan sihat.
JHT : Joint Health Tablet
Antara manfaat JHT
* Menyokong keselesaan sendi
* Memelihara tisu penyambung yang sihat
* Meningkatkan kesan kusyen
Langkah 2: Mengurangkan Inflamasi
OMEGA GUARD
Antara manfaat Omega
* Mengurangkan gejala gejala dalam penyakit sendi.
* Bertindak sebagai pelincir
* Membantu kita bergerak dengan lebih bebas
* Efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala
* Merendahkan kolestrol
* Menghindarkan pembukuan darah
* Membantu mengekalkan tahap kesihatan
* mengawal masalah obesiti
* Membantu masalah risiko penyakit jantung.
Langkah 3 : Mengekalkan sel tulang sihat
OSTEMATRIX
Antara manfaat Ostematrix
* Menguatkan tulang- Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka,gigi dan sistem saraf. Ianya juga merawat tulang retak, kuku rapuh,eczema, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
Dari Mana untuk Mendapatkannya:-
Semua produk Shaklee tidak dijual di mana-mana premis atau kedai di seluruh negara. Namun , anda boleh mendapatkannya melalui egen-egen berdaftar yang sah. pastikan anda mendapat nasihat yang sebetulnya sebelum mendapatkan vitamin-vitamin yang anda perlukan.
Berminat berkongsi pendapat & inginkan penerangan percuma.
Normala Jamaludin
ID : 890673
Pengedar Shaklee Pasir Gudang.
pm/sms/whatsapp MALA 019-7041447